KAEDAH


Keselamatan :

·      Pastikan pakaian yang dipakai bersesuaian dengan kerja yang hendak dilakukan.
·      Elakkan memakai barangan kemas berlogam.
·      Elakkan bergurau semasa melakukan kerja.

1.PEMILIHAN PERALATAN YANAG BETUL

1.1   Memilih peralatan mengikut kerja yang hendak dibuat. Sila klik sini
·        Sudip bata untuk menyebar mortar.
·        Timbang air untuk mendapatkan ketegakan dan kelurusan.
·        Straight edge untuk mencari kelurusan tembok.
·        kapur untuk membuat tanda.
·        Sesiku bangunan untuk mencari sudut.
·        Peralatan untuk memotong bata.

2. RANCANG TANDA UNTUK IKATAN TIANG

2.1   Rancang tanda segi empat tepat diatas lantai kerja       menggunakan kapur dan sesiku bangunan.

2.2   Susun bata tanpa motar untuk lapisan pertama dan kedua sebagai panduan.

             3. PENYEDIAAN MORTAR DAN MENERAP BATA

3.1   Bancuh mortar kapur dengan menggunakan nisbah bancuhan 1:4. Sila klik sini

3.2   Sebar mortar pada rancang tanda dan susun bata menggunakan kepala bata dan sisi bata.Uji kerataan bata menggunakan dan timbang air. Sila klik sini

3.3   Terap bata seterusnya bagi lapisan pertama dan uji kelurusan bata dan pugak  bata dengan timbang air serta uji kepersegian sudut.

3.4   Letakkan bata kerat setengah di tengah tiang.

3.5      Untuk lapisan bata yang kedua, sebarkan mortar diatas lapisan bata yang pertama.  

3.6      Susun sisi bata  dan kepala bata dan uji kerataan bata menggunakan timbang air.

3.7       Uji pugak pada tiang bata keseluruhan

3.8       Terap bata seterusnya untuk membentuk lapisan kedua dan uji kepersegian sudut. 

               4.  MEMBUAT KEMAS IKAT

4.1      Buat kemas ikat sambungan terbenam pada setiap lapisan.

4.2      Pastikan lebihan mortar dipotong dan dikemaskan bagi setiap lapisan.

4.3         Terap bata sehingga ke lapisan bata yang terakhir menggunakan kaedah yang sama.

4.4         Uji semula pugak, aras, kelurusan dan jajaran pada tembok yang telah siap.

4.5      Kemas dan bersihkan peralatan dan kawasan kerja.

4.5      Kemas dan bersihkan peralatan dan kawasan kerja.











                       





No comments:

Post a Comment