PENGENALAN


PENGENALAN
Dalam kerja mengikat  bata, pemilihan jenis –  jenis bahan dan peralatan amat penting kerana ia dapat menentukan hasil kerja yang baik, kemas dan amat penting dari aspek keselamatan.Selain itu, Pemilihan bahan yang betul juga dapat memberikan kekuatan kepada hasil kerja.


Kerja- kerja penurapan batu bata


1.             Bahan- bahan kerja mengikat batu bata

Bahan- bahan yang digunakan dalam kerja mengikat bata ialah:-
·      Simen
·      Pasir
·      Kapur
·      Bata

1.1   Simen
· Simen ialah sejenis bahan buatan yang dihasilkan dengan membakar campuran batu kapur dan tanah liat.
· Simen bersifat lekatan dan lekitan.
· Simen terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :-
Ø  Simen Portland Biasa
Simen jenis ini begitu meluas digunakan untuk membuat motar dan konkrit.

Ø  Simen Portland Cepat Keras
Sesuai untuk kegunaan di kawasan yang basah serta berair

Ø  Simen Warna
Digunakan dalam kerja-kerja hiasan pada sambungan bata, permukakan lantai, lepaan tembok dan kegunaan lain yang difikirkan sesuai.

Ø  Simen ceramic /Adhesive
Untuk memasang jubin, 'garden stone',genting dan lain-lain kerja yang sesuai.


1.2     Pasir

·      Pasir boleh didapati di lombong dan sungai.
·      Pasir yang selalu digunakan ialah pasir halus dan pasir kasar.
·      Pasir halus adalah amat sesuai digunakan dalam kerja menerap bata dan menghasilkan mortar yang baik.


1.3            Kapur bangunan

·    Kapur adalah sejenis bahan pengikat yang telah digunakan dalam perusahaan binaan bangunan sejak zaman dahulu.
·    Proses pembuatan dengan cara pembakaran.digunakan dalam bancuhan mortar untuk mengikat bata,melepa dan mengecat.
·    Terbahagi kepada 2 iaitu :-
Ø  Kapur hidraulik
Ø  Kapur hidraulik

1.4          Batu bata
·        Bata yang digunakan dalam pembinaan adalah diperbuat daripada beberapa jenis bahan mentah.
·        Bahan utama ialah tanah liat, pasir,kapur dan simen.
·        Bata merupakan bahan utama dalam pembinanan bangunan.
·        Terdapat beberapa jenis bata iaitu:-

Ø     Batu bata tanah liat
Ø     Batu bata muka/Facing brick
Ø     Batu bata pasir
Ø     Batu bata biasa/Common brick
Ø     Batu bata kejuruteraan/Enggineering brick

2.             Jenis – jenis peralatan kerja bata
Setiap peralatan mewakili  kerja yang hendak dibuat.Bagi kerja – kerja  bata terdapat beberapa peralatan yang digunakan.Peralatan – peralatan yang digunakan dalam kerja-kerja bata ialah :-.

2.1  Sudip bata
Ø  Sebagai alat yang digunakan untuk menyebar mortar. 
2.2  Alat aras (spirit level)
Ø  Alat yang digunakan bagi menguji ketegakan dan kerataan ikatan.
2.3  Benang dan pin
Ø  Digunakan bagi mendapatkan kerataan ikatan yang panjang.

2.4  Sesiku bangunan
Ø  Digunakan untuk menguji  sudut tepat dalam pembinaan tembok bata.
2.5 Sudip kemasikat
Ø  Digunakan untuk mengemas sambungan mortar dan membersihkan mortar pada ikatan bata.

2.6 Tukul bata dan bantalan
Ø  Digunakan bagi memotong bata ½ dan bata 3/4.
2.7 Penyodok
Ø  Digunakan untuk membancuh mortar atau konkrit.
2.8  Cangkul
Ø  Digunakan untuk menggaul mortar atau konkrit.
 

























No comments:

Post a Comment